Friday, February 4, 2011

Sukarelawan Rakan Muda Cinta Alam

Assalamualaikum warahmatullah..alhamdulillah.bersyukur kita kehadrat Allah SWT kerana dengan izin dan limpah kurnia yang dianugerahkan kepada kita maka satu lagi program dapat dilaksanakan pada 8,9,10,11 jun 2009.Program yang dinamakan Sukarelawan Rakan Muda Cinta Alam yang dilaksanakan dengan gaya dan cara yang cukup berkesan oleh mentor-mentor di bawah seliaan abg boo(pengarah program) dan abg ijan(kem komandan) serta rakan-rakan jurulatih berpengalaman dari kolej komuniti jerai serta nasihat oleh aktivis cinta alam seperti abg bidi dan abg annuar yang merupakan sukarelawan pecinta alam yang telah lama berusaha menjadikan gunung jerai sebagai sebuah kawasan rekreasi yang indah dan bersih.Program ini sebenarnya adalah bertujuan untuk membentuk semangat kesukarelaan dan semangat cinta alam terhadap ahli rakan muda jerai serta murid-murid sekolah yang menyertai program ini.setelah melihat akan kesan pencemaran dan sikap pengunjung serta pendaki di titi hayun dan gunung jerai yang rata-rata mengabaikan kebersihan alam sekitar maka pengerusi kelab(abg sharul) dan abg boo serta dibantu rakan-rakan yang lain telah berusaha sedaya upaya agar projek ini dapat dilaksanakan sebaik mungkin sehingga menjadi antara projek yang berjaya membantu gunung jerai yang menjadi aset terpenting penduduk di daerah yan menjadi indah semula walaupun tidak merangkumi keseluruhan gunung jerai dan hanya melalui laluan pendaki dari titi hayun ke puteri mandi dan tangga kenari ke taman rimba gunung jerai.namun apa yang lebih penting ialah program ini sebenarnya telah dapat membuka minat para peserta untuk lebih mencintai keindahan alam sekitar dan manjadikan mereka lebih lasak serta mampu melaksanakan kerja-kerja pambersihan secara bergotong-royong.aku pn dh tak larat nak bercerita panjang.kat bawah ni antara pic yang telah diambil oleh abg wan(ketua mentor) sepanjang perjalanan program dan bagi anda yang berminat untuk mendapatkan cd program ini silalah berhubung terus dengan abg wan kolej komuniti.

(terima kasih yang tidak terhingga buat en azwari,an zaidi,abg zam MBD serta isteri,ijan,abg bidi,annuar,serta semua mentor serta semua yang terlibat dalam menjayakan program ini dan sudi menjemput persatuan belia mayc sepakt singkir setai program ini...terima kasih daun keladi jika ada program nanti jangan lupa ajak kami lagi..







wakil dari belia mayc spakat singkir ialah syuhaimi dan muhammad nazreen





dalam gambar ini syuhaimi




pak long jan



dalam gambar ini syuhaimi dan muhammad nazreen




dalam gambar ini muhammad nazreen

adik sayang abang..huhuhuhu

aik dapat hadiah pon sedih ka...

ni dah teruk sngat ni...

banyak jugak hasil yng kami dapat blh antak kt MDY untuk kitar semula@ dilupuskan

dalam gambar ni syuhaimi


No comments:

Post a Comment