Tuesday, August 2, 2011

selamat menyambut ramadan



“Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan keatas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa.”
( Al-Baqarah : 183 )
Ramadhan menjelma lagi, musim ibadah yang menjanjikan rahmat dan keberkatan kepada orang yang berpuasa. Setiap detiknya mengandungi keampunan dan keberkatan. Kedatangannya dinanti oleh orang yang bertaqwa. Rasulullah SAW sering berdoa bermaksud, „Ya Allah berkati kami dalam Rejab dan Sya‟aban dan sampaikan kami Ramadhan.‟ Apabila sampai Ramadhan para sahabat saling mengucapkan ‘Ahlan wa sahlan ya Ramadhan’ bererti selamat datang Ramadhan!
Bulan Ramadhan menyingkap beberapa peristiwa yang besar untuk kita sama-sama hayati dan teladani bersama di mana pada bulan yang mulia inilah diturunkan Al-Quran yang menjadi panduan kita pada hari ini. Selain itu, berlakunya perang pertama di dalam sejarah Islam iaitu Perang Badar yang menyaksikan kemenangan umat Islam walaupun bilangan tentera Islam ketika itu hanya 313 orang berbanding tentera musuh 1000 orang. Di Bulan Ramadhan juga, Kota Mekah dapat ditawan dan dibuka kembali. Kesucian Kota Mekah dapat dirampas kembali dengan pertolongan Allah S.W.T..
Saya mengajak seluruh warga Lembah Pantai dan Umat Islam umumnya untuk kita sama-sama menghayati kedatangan Bulan Ramadhan yang mulia ini dengan pengisian yang sebaik mungkin. Melakukan muhasabah diri, menolak politik fitnah dan perkauman sempit. Mudah-mudahan ibadah yang kita jalani di bulan yang mulia ini akan diberkati dan diterima oleh Allah S.W.T..
Sekali lagi saya mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan al-Mubarak 1432H dan selamat menjalani Ibadah Puasa di bulan Ramadhan.
“Bersama Menegakkan mencari keberkatan di bulan ini"

Saturday, July 9, 2011

JALINAN KASIH KOMUNITI 1 MALAYSIA SINGKIR








































assalamualaikom bertemu kembali kita..alhamdulilah bersyukur kepada allah S.W.T
kerana kita dapat menjalanakan program kita dengam sempurna dan jayanya.terimakasih di atas sokongan oleh penduduk singkir untuk menjayakan progam kita....bayak acara yng kita jalan kan seperti gotong-royong untu masak makan tengahari dan disulam pula dengan sukan nika untuk menghilankan rasa penat.ia juga dapat mengeratkan hubungan para belia dengan penduduk setempat..antara acara yang kita adakan seperti balingan kasih,isi air dalam botol,mengail botol,masuk benang dalam jarum,tiup belon,dan lain-lain..
taiah diucapkan kepada kak sham,kak salmi,abng zam,syamira,jawatan kuasa induk program,penduduk kampun dan penghargaan kepada pihak penerangan daerah yan yang sudi bersama kita...

antara acara yang kita jalankan
persiapan peralatan untuk acara balingan kasih



masak nasi

pungah buah durian untuk sarapan pagi

penduduk  sdang memotong daging

kaka sham sedang membatu


masuk benang dalam jarum

musng berjangut

mancing botol

isi air dalam botol



acara balingan kasih

tiup belon


akhrnya antara jamuan yng disedikan dari pagi dan tengah hari



ulam

gulai daging

ikan goreng

nasi

durian

mangis

sambal belacan


Thursday, June 16, 2011

sedar la wahai kawan-kawanku...



alt
Mat rempit, penagih dadah, bohsia, bohjan dan macam-macam lagi yang sewaktu dengannya kita labelkan mereka sebagai sampah masyarakat.
Golongan ini adalah bebanan kepada masyarakat dek kerana mereka ini kita ramalkan akan merosakkan masa depan negara.
Mungkin ada benarnya.
Namun ada satu lagi golongan perosak yang bermaharajelela.
Yang ini kita sanjung dan agung-agungkan. Yang ini sentiasa kita berikan layanan istimewa.
Senang cakap, inilah golongan artis yang ramai peminatnya.
Tidak dinafikan yang mungkin ada segolongan artis yang baik perilakunya namun ramai juga yang akhlak dan moralnya tidak ubah seperti bohjan dan bohsia di jalanan.
Ada yang kata tulisan ini sedikit keterlaluan jika kita labelkan artis seksi yang dedah sana sini samalah seperti pelacur murahan. Namun itulah hakikatnya.
Golongan seperti inilah yang membawa bencana besar kepada negara.
Tapi tiada siapa yang mengambil peduli, malah artis sebeginilah yang menjadi rebutan syarikat penerbitan. Pelarislah katakan.
Pastinya dalam senarai saudara akan tercatat restoran seperti KFC dan McD. Jarang sekali tertulis Edlee Friend Chicken ataupun Sushi King.
Kenapa?
Kesimpulan mudahnya, hal ini terjadi kerana inilah antara dua buah restoran yang sering anda lihat sama ada di iklan mahupun di pasaraya-pasaraya.
Imej mereka yang selalu anda ulang-ulang dan akhirnya menjadi zikir dan pilihan anda sejak dari bangku sekolah lagi.
Nah, permainan kedua.
Dalam masa 10 saat, bayangkan imej gadis-gadis remaja kita.
Apa imej yang terbentuk difikiran anda? Yang bertudung litupkah? Atau yang selalu anda tonton dalam tv? Itu anda.
Bagaimana dengan anak-anak anda yang umurnya 7-8 tahun? Minta mereka bayangkan juga.
Wah mereka sudah sama hebat dengan anda. Imej yang sama tergambar dalam kotak fikiran mereka. Advance katakan.
24 jam melihat cerita-cerita yang menampilkan artis yang ketat dan sendat pakaiannya. Itu belum cerita aksi-aksi yang mengghairahkan.
Senang cerita, lama-kelamaan kebatilan itu sudah menjadi satu norma yang diterima masyarakat sekeliling.
Setakat adegan bercium itu sudah biasa sangat kita tonton.
Harus diingat, haram hukumnya melihat sesuatu yang mengghairahkan. Tidak kisah sama ada ianya manusia benar ataupun kartun.
Dek kerana itu, hari ini kita sudah menjadi acuh tak acuh dengan maksiat yang berlaku.
Maka tidak hairanlah kes buang bayi begitu rancak kedengaran.
Anehnya, pihak yang berkenaan terpinga-pinga mencari di manakah silapnya.
Benarlah kata pepatah melayu lama, kuman di seberang laut nampak, gajah di depan mata, tidak nampak.
Kehancuran sesuatu tamadun itu ada kaitannya dengan apa yang kaum itu lakukan. Malah dalam Al-Quran sudah jelas diterangkan kisah kaum Nuh a.s. dan Nabi Lut a.s.
Tapi kita yang dikatakan arif dalam ilmu sejarah kurang peka akan hal ini.
Biarpun sudah dinasihat berulang kali, namun nasihat itu kita bakul sampahkan.
Selagi tidak merasa pedihnya seksa, selagi itulah kita keras kepala.
Gula itu tidak tahu macam mana manisnya selagi lidah ini tidak merasakan?
Tulisan ini aku kira cukup jelas.
Tidak ada niat untuk menghina mana-mana pihak namun ini adalah nasihat dan teguran untuk semua.
Tidak ada musuh yang lebih merbahaya daripada musuh dalam selimut.
Kota Baghdad itu dihancurkan oleh tentera Mongol.
Namun yang membuka pintu kotanya adalah orang Baghdad sendiri.
Fikir-fikirkanlah wahai rakyat Malaysia

10 sebsb kita perlu jauhi dadah wahai remaja....





alt
Oleh Kevin Zahri. Berikutan dengan pengumuman Global Commission on Drug Policy yang menyerah kalah dalam memerangi dadah, berikut adalah 10 sebab untuk menjauhi dadah.
  1. Hukum. Sesungguhnya dadah diharamkan Allah swt.
  2. Kesihatan: Dadah seperti marijuana, kokain dan lain-lain meninggalkan kesan BURUK kepada kesihatan. Malah ia boleh membawa maut. Tambah pula dengan tabiat penagih dadah yang tidak menjaga kesihatan, malas bersenam dan lain-lain.
  3. Sakit mental. Penyakit mental lebih tinggi untuk penagih dadah. Depresi yang berterusan dan kerosakan kepada otat dan sistem saraf hasil dari pengambilan dadah adalah punca utama.
  4. Masa. Kegiatan mengambil dadah bukan sahaja membuang masa dan membahayakan anda, malah ia boleh merosakkan kehidupan anda di dunia ini. Lagi-lagi sekiranya anda perlu meluangkan masa di pusat-pusat pemulihan dan penjara.
  5. Keluarga. Dadah adalah punca pecah-belai keluarga. Penagih dadah kerap menjadi beban kepada keluarga tersayang - mencuri duit, sakit depresi, sakit mental dan lain-lain tabiat yang berpunca dari pengambilan dadah merosakkan institusi keluarga.
  6. Kerjaya. Penagih dadah tiada fokus kerjaya. Dadah adalah fokus mereka. Ramai dibuang kerja disebabkan penyalahgunaan dadah. Adakah anda ingin membuang kerjaya dan keluarga anda demi dadah?
  7. Kawan-kawan. Penagih dadah hidup keseorangan kerana mereka kehilangan keluarga, kawan-kawan yang tidak ingin terlibat sama dengan kegiatan terkutuk itu. Lama-kelamaan, penagih dadah akan mencari sesama dan terus merosakkan jalan kehidupan merakan.
  8. Depresi. Dadah tidak membawa kegembiraan. Penggunaan dadah yang berterusan akan jadikan penggunanya berasa murung, sedih dan hilang semangat. Depresi itu lama-kelamaan boleh membawa masalah lain seperti penyakit mental dan maut!
  9. Duit. Ia tidak menguntungkan sesiapa. Dadah adalah satu pembaziran duit yang amat tinggi. Tambah pula apabila penagih kehabisan duit, mereka akan melakukan apa sahaja untuk melayan penagihan mereka - curi, peras ugut, pinjaman dan lain-lain.
  10. Maut. Dadah membawa maut melalui pelbagai cara - serangan jantung, kemalangan, bunuh diri, over-dose dan lain-lain.
Kongsi artikel ini dengan keluarga dan rakan-rakan anda supaya tidak terjerumus dalam dunia dadah yang tidak membawa apa-apa kebaikan untuk sesiapa pun.

coretan untuk remaja


Bismillahirrahmanirrahim...
Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kepada Yang Esa Rabbul Jalil, pencipta alam dan seluruh makhluk-Nya, yang mengatur, mentadbir setiap perjalanan dan kehidupan. Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda juga para syuhada dan sekalian umat Islam.
Sesungguhnya tiada yang bermakna dalam hidup sebagai hamba-Nya melainkan untuk beribadah kepada-Nya dengan penuh redha dan rendah diri. Justeru kita berkewajipan saling mengingati dan menginsafi akan kekurangan dan kelebihan diri melainkan semuanya milik Allah S.W.T semata-mata.
Beri waktu untuk berfikir mencari diri sendiri merenung hak dan amanah yang terpikul selama kita bernafas di muka bumi ini. Kita diberi terlalu banyak ruang dan peluang untuk memperbaiki sejuta kelemahan diri sebelum nafas terhenti direntap malaikat Izrail dengan izin-Nya. Marilah wahai saudaraku, berjuang menentang nafsu yang paling hebat iaitu nafsu diri sendiri sebelum kita mengorak langkah ke medan jihad yang lebih besar demi Islam tercinta.
Wahai remaja pejuang masa hadapan...
Carilah ilmu, teroka seluruh pelusuk alam mengembara ke segenap ceruk dunia untuk mencari sebuah kehidupan yang lebih bermakna demi Islam. Mengapa anda berkobar-kobar mengejar keseronokan yang tiada berpenghujung tanpa berfikir sejenak tentang kehidupan abadi di akhirat. Bina minda untuk melakar kembali sejarah silam membongkar detik-detik kehebatan, keunggulan tokoh-tokoh ilmuwan yang meletakkan Islam di martabat paling tinggi.
Muhasabah diri anda setiap detik jangan sampai alpa dengan peranan dan tanggungjawab. Hiasi diri dengan akhlak-akhlak mahmudah dan singkirkan sifat-sifat mazmumah. Perlihatkan identiti muslim yang mulia biar menjadi ikutan dan teladan.
Renungkanlah wahai remajaku...
Dunia semakin dimamah usia semakin dekat menuju Hari Kehancuran. Tidakkah anda sudi menginsafi akan segala kekhilafan dalam diri untuk memohon keampunan daripada Ilahi. Bangkitlah mencari kebenaran, perbetulkan segala kecurangan terhadap agama hasil kelemahan sendiri. Tiada waktu lagi untuk mengejar duniawi semata-mata lalu meninggalkan ukhrawi yang menjanjikan nikmat kekal abadi. Beri peluang kepada diri memperbaiki segala kekurangan mencari kembali jalan pulang. Sesungguhnya anda pembina agama, negara masa akan datang lalu binalah dengan jiwa dan hati yang penuh sifat jati diri seorang muslim sejati.
Remaja harapan negara...
Suatu saat dan ketika anda akan mengambil alih kepimpinan negara. Anda akan diberi peluang mentadbir dunia. Tadbirlah dengan semangat anak muda berjiwa patriotik. Andalah pembangun bangsa. Bangunkan dengan nilai-nilai moraliti yang tinggi. Andalah pejuang di medan jihad. Berjuanglah menggunakan segala kudrat dan kekuatan mengharapkan kemenangan di sisi Allah S.W.T. Biar apapun gelora yang melanda hadapi dengan hati yang tenang kerana perjuangan memerlukan kesabaran dan kekuatan akal fikiran.
Justeru itu, tinggalkan segala perilaku jelek dan jangan biarkan syaitan berterusan menjadi penghalang melakukan segala kebaikan.
Selamat berjuang. Semoga kemenangan menjadi kenyataan dan anda adalah taruhann